Thursday, January 6, 2011

sungguh setia..Terharunya....


Seorang suami baru kematian isteri yang amat  dikasihinya. Ketika suasana kesedihan di tanah perkuburan,
sesudah imam membaca taklin, si suami terus menyiram air mawar, bukan satu cerek atau satu jar seperti kebiasaan
orang, malah terus satu baldi.

  Para hadirin merasakan  tindak tanduk itu membayangkan betapa kasihnya suami ini  kepada isterinya. Ramai yang bercucuran airmata melihat  senario yg romantik ini. Tak kurang juga ramai daripada kalangan para hadirin yang berbisik di hati masing-masing betapa bernasib baik arwah mendapat suami yang bergitu setia dengan kasih sayang yang sedemikian solid.

Namum bagi kenalan rapat, tindak tanduk si suami ini mula  minimbulkan tanda tanya apabila setiap pagi, tengahari dan
malam si suami itu masih menyiram air di pusara arwah  isterinya, bukannya secerek malah masih sebaldi serta
ditaburkan baja. Kadang-kadang mereka mendapati beliau  membawa kanta sambil meninjau  dengan penuh
 teliti seolah-olah membuat kajian di atas tanah tersebut. Malah beberapa hari kemudian mereka telah melihat beliau
memasang sprinkler di atas tanah perkuburan tersebut.

Apabila sudah masuk dua minggu amalan aneh ini berterusan, maka ada yang membuka mulut bertanya dan sekali gus ingin
menasihati kerana bimbang takut-takut si suami ini semakin hilang akal lantaran kerinduan yang teramat sangat.

Apabila ditanya, si suami menjawab :
"Arwah isteri ku telah berpesan, jika beliau meninggal, janganlah kahwin lain sehingga rumput atas kuburnya tumbuh. Itulah
sebabnya aku terpaksa siram sedemikian rupa untuk memastikan rumput agar cepat tumbuh!"







 

2 comments:

  1. ish2... tapi tu la... laki.. heheh.. tp.. xsemua laki macm tu.. kan3

    ReplyDelete
  2. ishhh...x semua lelaki camni...lelaki dlm keluarga kita x canmi kan...huhu..ye ye je..

    ReplyDelete