Wednesday, July 3, 2013

Kelebihan surah Al Waqiah.


Surat Al Waqiah merupakan surah yang ke 56,terletak pada juzsuk ke 27 dan mempunyai 96 ayat  di dalam Al QuranAntara fadilat surah Al Waqiah ialah:- 

daripada Abdullah bin Mas'ad r.a bahawasanya beliau mendengar Rasullulah s.a.w bersabda ynag bermaksud " sesiapa yang membaca Surah Al-Waqiah setiap malam,dia tidak akan menjadi papa selama lamanya.(diriwayatkan oleh Al-Tarmizi)

Daripada Jabir bin Thamurah r.a katanya "Adalah Rasulullah s.a.w membaca Surah Al-Waqiah pada Solat Fajar.

Daripada Anas r.a katanya " Ajarkanlah wanita wanita kamu akan Surah Al-Waqiah kerana surah itu adalah Surah Kekayaan.

Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”

Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malammaka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”


Insya’Allah, dengan mengamalkan surah Al-Waqiah seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis Nabi SAW, kita akan memperolehi rezki yang banyak, supaya kita dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan dan memperbanyakkan lagi amal jariah kita supaya dapat dibawa ke sana nanti.
Bacalah surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezki dariNya. Jangan berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezeki yang banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita.


No comments:

Post a Comment