Showing posts with label rezki. Show all posts
Showing posts with label rezki. Show all posts

Saturday, September 14, 2013

Kaitan Antara Usaha dan rezeki.

kita selalu dengar "memangla rezeki itu daripada Allah,tapi kita kena usaha". ada juga yang kata " betullah kita kena usaha,tapi rezeki tu kan daripada Allah'.

apa yang kita faham dari kedua dua ayat ini? mana satu yang betul?basically ayat ayat ni bukanlah kita hendak memilih mana betul mana salah..tetapi kata kata dan tindakan kita cenderung untuk menentukan apa yang kita rasa dan percaya!

semua orang percaya rezeki itu datang daripada Allah. tapi bila kita tengok cara dia berusaha,dia dah jadikan Allah tu number dua. maksudnya bila berlaku pertembungan dua situasi yang mana memerlukan dia membuat satu pilihan,keputusannya adalah Allah dia letak number dua.dia lebih utamakan kerja dia daripada Allah. contohnya dia tengah usahakan sesuatu dan terdengar panggilan azan.namun dia lebih mengutamakan kerjanya dari menunaikan solat diawal waktu. baginya usaha adalah number satu.perintah Allah jatuh number dua."benarlah rezeki itu daripada Allah,tapi kita kena berusaha".

Allah menyatakan dengan Jelas melalui firmannya di dalam Al-Quran yang bermaksud, "kepunyaannya semua yang ada dilangit dan di bumi,di antara keduanya dan yang di bawah tanah" (surah Tha ha:6)

Allah juga memberi jaminan kepada sesiapa yang dikehendakinya dengan tidak terhitung jumlahnya.

bukan itu saja,Allah memberikan lagi strategi bertindak sebagaimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadis Qudsi. bahawasanya NAbi telah bersabda yang bermaksud "wahai anak Adam!Tunaikan lah empat rakaat (sunat) pada awal siang,nescaya dengannya Aku mencukupimu pada sepanjang hari".

Solat sunat yang dimaksudkan ialah Solat Sunat Dhuha..

hadis ini menjelaskan bagaimana menjemput rezeki. kita tidak perlu bimbang lagi dengan banyak atau sedikitnya rezeki yang diperolehi pada hari tersebut,kerana itu semua sudah terdapat jaminan Allah.
Jelaslah bahawa sumber rezeki itu datangnya daripada Allah. Apabila Allah mahu memberi rezeki kepada seseorang,akan diberinya sekali dengan sebab musababnya.so tiada istilah kebetulan atau mujur!!!

perkara yang paling penting dalam menjemput rezeki ialah dengan mendekatkan diri kepada Allah.berusha untuk mendapat kasih dan keredhaan Allah..Allah sentiasa memberikan peluang kepada kita untuk kita berusaha dan terus berusaha agar turut sama mendapat nikmat itu. Jalan sudah ditunjukkan..iaitu dengan berusaha untuk menjadi orang yang bertakwa. Takwa dalam bahasa yang mudah adalah "buat apa yang Allah suruh,tinggalkan apa yang Allah larang mengikut cara yang diajarkan oleh Nabi Muhammad.


sumber bacaan dari: mudahnya menjemput rezeki

Thursday, September 12, 2013

7 Panduan dari Al Quran tentang mencari Rezeki yang berkat

Terdapat 7 panduan dari Al quran tentang mencari rezeki yang berkat..



  • "barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mebcukupkan (keperluannya)." (surah al-Thalaq : ayat 3)




  • Katakanlah :sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba hambaNya dan menyempitkan (siapa yang dikehendakinya). Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan,maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi Rezeki yang sebaik baiknya. (surah Saba' :39)



  • "demi sesungguhnya!Jiak kamu bersyukur,nescaya Aku tambahi nikmatku kepadamu,dan demi sesungguhnya jika kamu kufur,sesungguhnya azab-Ku amat keras. (surah Ibrahim : 7)



  • tetapi mereka telah mendustakan (tidak patuh kepada hukum Islam),maka kami rampas dari mereka apa apa yang telah mereka usahakan. Surah Al-A'raf: 96)



  • Kami tidak meminta rezeki kepadamu,malah kamilah yang memberi rezeki kepadamu,dan kesudahan yang baik adalah bagi adalah bagi yang bertaqwa. (Surah Thahaa: 132)



  • Nabi Hud berkata :wahai kaumku,minta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubatlah kepadanya,nescaya ia tidak akan menghantar kepada kamu air hujan yang lebat dan menambahkan kekuatan kamu,dan jangan kamu kembali menjadi orang orang yang berdosa. (surah Huud:52)



  • Dan nikahkanlah orang orang bujang dari kalangan kamu,dan orang orang soleh dari hamba lelaki dan hamba perempuan kamu.dan jika mereka orang orang yang fakir nescaya Allah akan menjadikan mereka kaya,dan Allah sangat luas dan sangat mengetahui. (Surah An-Nur: 32)




Wednesday, July 3, 2013

Kelebihan surah Al Waqiah.


Surat Al Waqiah merupakan surah yang ke 56,terletak pada juzsuk ke 27 dan mempunyai 96 ayat  di dalam Al QuranAntara fadilat surah Al Waqiah ialah:- 

daripada Abdullah bin Mas'ad r.a bahawasanya beliau mendengar Rasullulah s.a.w bersabda ynag bermaksud " sesiapa yang membaca Surah Al-Waqiah setiap malam,dia tidak akan menjadi papa selama lamanya.(diriwayatkan oleh Al-Tarmizi)

Daripada Jabir bin Thamurah r.a katanya "Adalah Rasulullah s.a.w membaca Surah Al-Waqiah pada Solat Fajar.

Daripada Anas r.a katanya " Ajarkanlah wanita wanita kamu akan Surah Al-Waqiah kerana surah itu adalah Surah Kekayaan.

Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”

Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malammaka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”


Insya’Allah, dengan mengamalkan surah Al-Waqiah seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis Nabi SAW, kita akan memperolehi rezki yang banyak, supaya kita dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan dan memperbanyakkan lagi amal jariah kita supaya dapat dibawa ke sana nanti.
Bacalah surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezki dariNya. Jangan berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezeki yang banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita.