Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Tuesday, June 25, 2013

BB plus collagen - kulit porcelain di hari raya

bb plus collagen ialah:-

Penuaan merosakkan kolagen dan seterusnya merosakkan kulit
Kolagen membentuk 70% daripada lapisan dermis kulit. Ia adalah bahan utama dalam kulit, tulang, rawan dan pelbagai tisu penghubung di dalam badan kita. Kolagen membantu pertumbuhan semula kulit baru serta mengekalkan kelembutan kulit. Di dalam sendi rawan, ia berfungsi sebagai kusyen untuk mengurangkan bebanan terhadap sistem struktur badan terutama pada pinggul, sendi dan lutut.



Faktor penuaan luaran dan dalaman boleh merosakkan fiber protein, fibroblas dan vitamin yang diperlukan untuk merangsang penghasilan kolagen. Kekurangan kolagen adalah antara faktor penyebab terjadinya proses penuaan kulit.

Mengapa memilih BB Plus?
BB Plus diperbuat daripada kolagen ikan yang bermutu tinggi. Kolagen ikan dikelaskan sebagai Kolagen Jenis 2, yang mempunyai struktur rantaian asid amino yang seakan-akan sama seperti yang terdapat dalam kolagen manusia. Habitat semulajadi ikan menyebabkan kolagen ikan  mempunyai kandungan Prolin dan Glisin yang cukup dalam suhu badan ikan yang rendah iaitu sama seperti kolagen manusia. Prolin dan Glisin adalah dua jenis asid amino yang penting untuk penghasilan kolagen, mengekalkan kecantikan kulit dan kesihatan rawan. Kolagen ikan ditukarkan menjadi peptida dengan menggunakan teknologi terkini untuk sumber kolagen yang kaya dan kesan penyerapan yang lebih baik. 

Bagaimana BB Plus Bertindak?
Mod tiga tindakan:
1. Memulih  - Menggalakkan pembersihan mikro, menggantikan peptida kolagen bagi
                         rantaian kolagen yang telah rosak ataupun lemah
2. Membina - Menguatkan dan melindungi rantaian kolagen melalui proses antioksida  
3. Memperbaharui -  Menggalakkan pertumbuhan dan penghasilan sel kolagen baru

Dos apakah yang efektif?
Hanya 1 paket (5g) setiap hari untuk memiliki kulit muda yang cantik dan mulus. Proses hidrolisis menghasilkan peptida (3,000 saiz Dalton) yang sedia diserap.

Bagaimanakah dengan aksi perlindungan antioksida tambahan?
Jus blackcurrant mengandungi anthocyanin untuk melindungi kulit muka dan badan daripada sinaran UV dan radikal bebas. Ekstrak biji anggur dengan OPC (oligomeric proanthocyanidins) mengurangkan ketidakselesaan kulit serta menggalakkan penyembuhan kulit. Vitamin C dan roselle menguatkan rantaian kolagen, melindungi kolagen di dalam dermis kulit dan menggalakkan proses sintesis

Bagaimanakah BB Plus dapat meningkatkan kualiti kulit?
Serat epal dan inulin (serat diet) menggalakkan pencerahan kulit melalui proses detoksifikasi.

Bagaimanakah BB Plus dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan penyakit sendi?
Peptida kolagen ikan adalah sumber Kolagen Jenis 2 yang baik dan merupakan komponen utama dalam rawan untuk membantu mencegah keradangan yang disebabkan oleh rheumatism and osteoarthritis.

KEBERKESANAN
BB Plus mengandungi peptida kolagen yang tinggi untuk mengganti dan membina semula rantaian kolagen yang diperlukan untuk menjadikan kulit anjal, lembab, tegang dan gebu menawan. Rasa enak campuran ekstrak blackcurrant 100% dan jus roselle berkualiti tinggi serta kolagen ikan yang tidak berbau.


7 Hasil Kulit Cantik
1. Kulit wajah berseri dan cerah
2. Kulit lebih anjal dan tegang
3. Kulit lebih halus dan gebu
4. Kulit lebih lembab  
5. Kulit lebih licin serta kurang garis halus dan kedutan
6. Kulit lebih cepat sembuh dan pulih
7. Kulit kurang kesan kerosakan akibat sinaran matahari






CARA PENGAMBILAN
Campurkan 1 paket BB Plus ke dalam 150ml air bersuhu bilik. Elakkan daripada menggunakan air panas. Kacau dan sedia diminum. Pengambilan terbaik adalah sebelum makan ataupun sebelum tidur.
Sesuai untuk pesakit diabetes. Warna, rasa dan tekstur produk dalam setiap kelompok mungkin berlainan disebabkan oleh ramuan asli yang digunakan.   



Tanpa Gula dan Kolesterol
Gula gantian semulajadi dengan Indeks Glisemik yang rendah digunakan untuk memenuhi keperluan mereka yang mempunyai masalah jantung dan diabetes





RAMUAN
Kolagen ikan terhidrolisis, ekstrak biji anggur, Vitamin C, jus bunga roselle, jus buah blackcurrant, serat epal, inulin




pengambilan bb plus collagen yang konsisten akan memberikan kesan dalam masa 4 hari...meaning to say that dalm masa 4 hari je dah boleh rasa n nampak kesannya..memandangkan sekarang ni ada promosi beli 3 percuma 1,y not uolls guna kesempatan ni untuk memulakan biz..first bonus uolls lbh kurang rm 15k..bayangkan duit raya 15k..wah...banyak tu..

hubungi :

syakirah-0175616579
FB-syakirah azmy
email-syakirahazmy@gmail.com

Sunday, May 8, 2011

berdengkur & cara menanganinya..

hello semua...assalamualaikum..akceli antry ni dah lama aku nak tulis,tapi asik x sampai ati ja..klu ada sesapa yg mengalami masalah yg ingin aku katakan ni,aku minta maaf..aku cuma bercakap mengenai fakta.korang berdengkur x??x?bagus..klu korang berdengkur,tolong la cari inesiatif untuk mengelakkan korang berdengkur..kesian la kt laki atau bini korang..gerenti x leh tidoq sampi pg punya...pecaya la..


berdengkur ialah satu bunyi yang dikeluarkan oleh seseornag sewwaktu dia tidur..ada plak sesetengah orang menjd kan berdengkur ni sebagai satu tabiat..cari la taibiat lain kan..nyusahkan pasangan...berdengkur ni sangat berisiko..saluran pernafasan tersumbat di bahagian belakang mulut dan hidung di mana tisu bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar antara satu sama lain. selalunya berdengkur ni akan bertambah kerap terjadi bagi golongan yang berusia..


aku ada go trhu satu blog nih, dia recomend cara cara untuk menghilangkan berdengkur...

Berikut adalah tips ringkas sebagai permulaan mencegah dengkuran:
  1. Amalkan postur tidur yang disarankan Rasulullah SAW iaitu mengiring ke kanan.
  2. Cuba kurangkan berat badan bagi yang mempunyai masalah berat badan terutamanya.
  3. Cuba tinggikan sedikit bantal anda sehingga 4 inci dari biasa.
  4. Amalkan waktu tidur yang tetap setiap hari bagi mengelakkan keletihan.
  5. Cegah pengambilan pil tidur.
kepada orang orang yang berdengkur di luar sana,try la saranan yang di berikan...klu rasa payah sangat,hampa beli la breath right yang iklan dalam t.v tu...insya allah berkesan...

p/s:cegah sebelum parah

Tuesday, May 3, 2011

suntik Vitamin c..

slamat pagi semua..dah lama sebnrnya aku tulis entry ni..tapi malu plus kang org kata mengada lak..okey,staright to the point.leh x kita suntik vitamin C??tujuannya??almaklumlah..umur makin meningkat..x sampi 30 kulit dak terok..orang lain maintain ja...aku pon tanya la ngan en Fitri,abg,cuck botox berdosa kan??klu vitamin C?Laki aku menjawab"nak suntik bt apa??"lg mau tanya plak laki aku ni la....
aku pon surf la nak tau hukum vitamin c ni...klu kita ambik tablet, x salah...untuk kesihatan & kecantikan,..klu cucuk Vitamin C mcm mana lak hukumnya??
aku menggoggle  dan jumpa satu jawapan yg sgt tepat la...
Kalau suntikan semata-mata utk beauty atau enhance beauty supaya tunang dan rombongan perisik dan peminang terpukau...tak bolehlah...

kalau utk membuang aib dan kejelikan, mmg boleh...

_________________
*Jab. Fiqh, Pencarian Fatwa dan Riset*


so berdasarkan ayat di atas,kita tau klu cucuk Vitamin C semata mata untuk cantik,memang berdosa lah hukumnya...tapi klu kita suntik untuk menghilangkan kekurangan yang ada pada diri..hukumnya di haruskan lah ye dak??

so,after this la la cukup Vitamin C...x dak reason nak kata berdosa ye En Fitri.... 

Thursday, April 28, 2011

klu terasa nak marah,minum air..

entry ringkas dan padat..korang penah kan rasa marah yang teramat??penah kan penah kan?okey..akunak kasik satu tips yang aku dengar dr senior kt opis nih...dia cakap "klu hampa rasa marah..berapi rapi dalam badan..hampa p minum ayaq(air)..insya allah hilang rasa marah.."
td aku tetiba marah sbb kena sound..ahahah..al maklumlah boss x penah sound..benda tu org lain yg update..bukan aku @ P.R lain..ni totally org lain..Manager aku serabut so lepas perasaan..aku lak kecik ati n nak marah...then teringat pesan senior kt opis ni..aku p pantry..then minum ayaq..alhamdulillah..memang berkesan...syukur...
so kpd korang2 yang mudah naik angin...sila lah minum air sekiranya anda marah..insya allah marah anda akan hilang....

Wednesday, April 13, 2011

:Asik tido je la kaw ni:

selamat pagi semua..adakah anda mendapat tido yang cukup semalam??tido saya agak cukup,namun malas nak bangun p keja...malasnya..mungkin sebab tido aku ni x berkuality kot...ada beberapa perkara yang menyebabkan tido tak berkuality.antaranya:

1. Gaya hidup-oang yang keja syif-tidak teratur.
2.Masalah fizikal such as pernafasan,kesakitan,kencing malam etc.
3.Sakit mental-kemurungan,stress,kebimbangan etc
4.menggunakan dadah & alkohol.
5.faktor persekitaran-bising,panas,terang
6.tido dalam keadaan tidak bersih
7.cara tido yang kosng-x ikut etika Islam
8. menjadikan tido sebagai amalan,bukan ibadah.

mari kita go thru amalan tido yang sihat...antaranya: 

berhenti merokok...jangan tido pada siang hari,jangan minum alkohol,bersenam pada awal hari bukan sebelum masuk tido,gunakan bilik tido hanya untuk aktiviti seksual sahaja dan bukan untuk aktiviti lain,pastikan keadaan bilik tido dalam keadaan tenang,pastikan juga tilam dan katil selesa,warna bilik tido yang menenangkan..

Monday, April 11, 2011

keakraban sesama ipar

entry kali ni agak ilmiah ya kawan kawan..bukan nak tujukan pada sesapa,tapi ni untuk kemakmuran kita bersama..aku ada go thru majalh Pengantin..almaklumlah,opismate nak kawen,so aku pon tumpang tengok la majalah tu...ada satu info yang sangat menarik hati aku..tajuknya berbunyi begini...MEWUJUDKAN KEAKRABAN DENGAN IPAR..ngeri je kan tajuk nya..
aku berani kata la semua orang mengalami masalah dengan ipar duai ni kan??aku pon sama gak la..tp abag ipaq sulung aku n wife n anak2 dia sangat baik...aku sangat sayang mereka..kak ipaq aku pon aku sayang...meraka sangat baik...so aku akan summarize point yang terdapat dalam majalah pengantin tersebut..

1. membeli belah bersama...
hahahahah...korang leh ke wat camni???let say la if korang ada x puas ati ngan salah sorang ipaq ke biras,leh ke korang nk shoping same???bagi aku,sorry la...x dapek la den nak shoping sama..kang terlebih shoping kata nak menunjuk lak kan...

2.menyayangi anaknya..
so far aku x pernah nak benci budak budak..senakal mana pon budak tersebut,aku x penah nak benci..contohnya anak kak ipaq aku...Tuhan je la tau dia punya tahap kenakalan tu..tapi exam Bahasa Malaysia dapat 100 markah...

3. kasih sayang..
bab kasih sayang ni di akui lah..aku x sayang orang yang selalu meyakitkan ati aku & orang yang buta best..aku x suka dia...so,x dapat la aku nak curahkan kaseh sayang...

4. Kejutan
hahahah..apo kejadah lak le nak kasik kejutan..klu ipaq yang aku sayang,of kos aku x kisah untuk bagi kejutan,kalua yang wat lebih kurang je kat aku,sendiri mau ingat le...

5. pelajari sesuatu daripadanya..
 semua orang ada wat salah..ko jangan ingat ko betol in every single things..ko tu pon ada salah gak kan..x payah la nak tuding jari kaat orang salah...ko x penah wat salah ke??

6. berkongsi masalah & menghulurkan bantuan..
 rasanya dalam kes ni aku selalu ja lah bagi bantuan...kalau x mampu dari segi kewangan,dari segi tenaga..tapi orang x nampak gak kan...lantak lah...

di harap kita semua mengambil iktibar dari point point tersebut..jangan lak ambik iktibar dari huraian aku tu..tu tahap ketidak puasan hati aku pada orang...hahahahah..

P/S: Majalah Pengantin{info rumah tangga}Mei 2011