Showing posts with label murah rezki. Show all posts
Showing posts with label murah rezki. Show all posts

Saturday, September 14, 2013

Kaitan Antara Usaha dan rezeki.

kita selalu dengar "memangla rezeki itu daripada Allah,tapi kita kena usaha". ada juga yang kata " betullah kita kena usaha,tapi rezeki tu kan daripada Allah'.

apa yang kita faham dari kedua dua ayat ini? mana satu yang betul?basically ayat ayat ni bukanlah kita hendak memilih mana betul mana salah..tetapi kata kata dan tindakan kita cenderung untuk menentukan apa yang kita rasa dan percaya!

semua orang percaya rezeki itu datang daripada Allah. tapi bila kita tengok cara dia berusaha,dia dah jadikan Allah tu number dua. maksudnya bila berlaku pertembungan dua situasi yang mana memerlukan dia membuat satu pilihan,keputusannya adalah Allah dia letak number dua.dia lebih utamakan kerja dia daripada Allah. contohnya dia tengah usahakan sesuatu dan terdengar panggilan azan.namun dia lebih mengutamakan kerjanya dari menunaikan solat diawal waktu. baginya usaha adalah number satu.perintah Allah jatuh number dua."benarlah rezeki itu daripada Allah,tapi kita kena berusaha".

Allah menyatakan dengan Jelas melalui firmannya di dalam Al-Quran yang bermaksud, "kepunyaannya semua yang ada dilangit dan di bumi,di antara keduanya dan yang di bawah tanah" (surah Tha ha:6)

Allah juga memberi jaminan kepada sesiapa yang dikehendakinya dengan tidak terhitung jumlahnya.

bukan itu saja,Allah memberikan lagi strategi bertindak sebagaimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadis Qudsi. bahawasanya NAbi telah bersabda yang bermaksud "wahai anak Adam!Tunaikan lah empat rakaat (sunat) pada awal siang,nescaya dengannya Aku mencukupimu pada sepanjang hari".

Solat sunat yang dimaksudkan ialah Solat Sunat Dhuha..

hadis ini menjelaskan bagaimana menjemput rezeki. kita tidak perlu bimbang lagi dengan banyak atau sedikitnya rezeki yang diperolehi pada hari tersebut,kerana itu semua sudah terdapat jaminan Allah.
Jelaslah bahawa sumber rezeki itu datangnya daripada Allah. Apabila Allah mahu memberi rezeki kepada seseorang,akan diberinya sekali dengan sebab musababnya.so tiada istilah kebetulan atau mujur!!!

perkara yang paling penting dalam menjemput rezeki ialah dengan mendekatkan diri kepada Allah.berusha untuk mendapat kasih dan keredhaan Allah..Allah sentiasa memberikan peluang kepada kita untuk kita berusaha dan terus berusaha agar turut sama mendapat nikmat itu. Jalan sudah ditunjukkan..iaitu dengan berusaha untuk menjadi orang yang bertakwa. Takwa dalam bahasa yang mudah adalah "buat apa yang Allah suruh,tinggalkan apa yang Allah larang mengikut cara yang diajarkan oleh Nabi Muhammad.


sumber bacaan dari: mudahnya menjemput rezeki

Wednesday, July 3, 2013

Cara melakukan Solat Sunat Dhuha

Solat Sunat Dhuha ialah solat sunat yang terdiri dari 2/4/6/8 rakaat..kita boleh pilih nak solat berapa rakaaat.dah nama pon solat sunat kan..so kita boleh pilih..

bilakah waktu yang sesuai untuk melakukan solat sunat Dhuha?saya selalu solat pukul 10 pagi. x terlalu awal.x terlalu lewat. Waktu afdalnya adalah ketika sinar matahari kian panas. Berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam, Rasulullah s.a.w. menjelaskan: 
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” 
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10:00 pagi hingga 1:00 tengah hari (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)

solat sunat dhuha juga merupakan sebuah amalan yang berbentuk sedekah. Sedekah yang istimewa untuk menunjukkan ketaatan kita kepada Allah S.W.T.

Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ
وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ
وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى.

Maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.

Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam (surah pendek pun boleh tapi baca ni lebih afdal)
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha 
(surah pendek pun boleh tapi baca ni lebih afdal)
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa
Berkenaan doa pula, boleh baca  mana-mana doa yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat Dhuha yang khusus. Doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari Ilahi. Berdoalah supaya Allah murahkan rezki kita,berkati kerja kita. berdoalah apa saja.mengadu pada Allah.sesungguhnya Allah Maha mendengar..