Wednesday, September 11, 2013

Jodoh itu milik kita


Jodoh Itu Milik Kita mengisahkan perkenalan Dahlia dan Marina membawanya kepada ikatan pertunangan dengan anak Marina, Syafiq. Walaupun tidak bercinta, Dahlia bersetuju atas rasa hormat, apatah apabila mengetahui Marina menghidap kanser perut.
Pada hari pernikahan, Syafiq melarikan diri kerana tidak dapat menerima jodoh pilihan keluarga. Dalam kekusutan yang berlaku, abang Syafiq, Aariz Danial yang baru kembali dari Melbourne, Australia terpaksa menggantikan adiknya.
Aariz dan Dahlia bermula sebagai kawan walaupun sudah halal berkahwin. Tanpa disedari, cinta berputik di hati mereka. Syafiq pula ke New Zealand untuk mencari teman wanitanya, Alya.
Bagaimanapun, Syafiq pulang semula ke Malaysia tanpa rasa bersalah. Apabila mengetahui Dahlia menjadi isteri Aariz, perasaan membuak membenci di hati Syafiq. Dia berikrar mahu memusnahkan kebahagiaan Aariz. 


 Jodoh Itu Milik Kita yang akan mula bersiaran pada Isnin, 19 Ogos di Astro Mustika HD (saluran 134).
Drama bersiri Jodoh Itu Milik Kita 40 episod arahan Jamal Khan menampilkan Farid Kamil selaku Aariz Danial, Tiz Zaqyah (Dahlia), Shazwan Zulkifli (Syafiq), Nabila Huda (Alya), Keith Foo (Joshua), Ziela Jalil (Marina), Heriyanto (Haikal), Zul Ariffin (Redza) dan Aishah Ilias (Teja)


                   


Jodoh Itu Milik Kita adalah adaptasi novel karya Sara Aisha.


setakat pemerhatian saya, cerita ni sangat seronok.enjoy layan cerita ini..tapi jalan cerita agak slow..tak kisah la jalan cerita slow or not,cerita ni mampu membuatkan diri ku berada di awan..farid kamil sangat sweet dalam cerita ni.tiz zaqyah memang pakar dalam drama macam ni..what a perfect combination both of them!!

No comments:

Post a Comment