Thursday, December 30, 2010

Pesanan untuk suami??

saya terjumpa satu info yg sgt menarik..mg tersgt benarlah kata2 kawan saya nih..bg yg dh lama kawen,renung2 kan lah...bg yang baru kawen, amal amalkanlah,bg yang br nak kawen ingat ingatlah...korang make sure jaga hati isteri btol2..isteri pon kena jaga hati suami jgak...mari kita kaji kata2 kawan saya nih..

Tahukah kau suami dan bakal suami?? Laki bini
ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas
takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah
menyatukan kita.
 
TAPI... ... .tahukah kau apa yang isterimu selalu
lakukan untukmu,
dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan
untuknya...

KALA kau tiada duit, bukankah magic david
copperfield bila tiba2
kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya,
tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2
membuka wallet untuk mengecek "Ada duitkah
suamiku?" TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau
siap boleh tanya lagi bini kau "Ada duit ke?"
sedangkan itukan kewajipan kau untuk
memberinya nafkah?

Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu
akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat
ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk
suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya,
diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas
kasihan TAPI yang kau berinya hanyalah
dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss!!

Tahukah kau wahai suami,
kalau kau balik lewat malam sampai
pukul 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2
nak lepak ngan kawan2, bini kau yang dirumah tu
tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah
mata tak leh pejam TAPI yang kau tahu
bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat
bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak
masuk Zohor tak reti2 nak
bangun, dah bangun tahu nak makan aje...

Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu
menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di
fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai
baju ni?" tapi kau bila dah hansome sikit mula
hidung tinggi nak mengorat lagi...

Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak
banyak, cuma
pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi
dan malam sebelum tidur (peluk yang setakat
pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan
dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali-sekala
walaupun setakat coklat sekeping, picitlah
bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu,
selimutkanlah dia, sebab
sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata
dia hanya tidur2 ayam sahaja...

Satu lagi, suami kalau korang nak tahu, sebaik
sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses
sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat
belakang dia, tak yah guna spy... dia orang musti
tahu punya... . 


No comments:

Post a Comment